Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa guru telah mengajar kemahiran menulis ini daripada mudah kepada sukar yang mana ia begitu mencabar. Namun, konsep ini memudahkan pemahaman murid. Masalahnya ialah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis.Oleh yang demikian, guru perlu bersikap positif dan melaksanakan strategi yang lebih berkesan serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi melalui pengajaran yang kreatif dan berkualiti berdasarkan sukatan pelajaran terkini..........