BAHASA MELAYU


Bahagian C

Baca dan fahami  petikan di bawah.

              Shahiza berumur sembilan tahun. Dia belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri. Dia pergi ke sekolah  dengan menaiki bas sekolah.

              Shahiza seorang murid yang baik. Dia akan memberi tumpuan semasa guru mengajar. Jika tidak faham dia akan bertanya kepada guru. Pada waktu rehat Shahiza makan makanan yang dibawa dari rumah. Selepas itu, dia pergi ke perpustakaan untuk membaca buku. Semua guru memuji sikap yang ada pada Shahiza.

          Di rumah pula Shahiza suka membantu ibunya. Dia menjaga adik-adiknya semasa ibunya sibuk mengemas rumah. Pada waktu petang, dia akan bermain dengan rakan-rakannya. Pada waktu malam pula Shahiza akan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Jika tiada kerja rumah, Shahiza akan mengulang kaji pelajaran. Oleh sebab itu, Shahiza sentiasa maju dalam pelajaran.


Tuliskan nilai baik yang terdapat dalam petikan di atas.

1. Kita mestilah ______________________________________________________
______________________________________________________

2.  Kita hendaklah     ___________________________________________________
___________________________________________________

3.  Kita perlulah ______________________________________________________
______________________________________________________

4.  Kita patutlah _____________________________________________________
_____________________________________________________

5.  Kita wajarlah ______________________________________________________
______________________________________________________
                                                         3